Lebih menarik jika menggunakan pelayar Mozilla Firefox dari mozilla.org.
Majlis Berbuka Puasa dan Nuzul Quran
Pada 16 Ramadan, Taman Gemilang telah mengadakan majlis berbuka puasa dan sambutan Nuzul Quran.
Selepas mengerjakan sembahyang tarawikh, talah diadakan tazkirah yang menyentuh tentang Al-Quran. Semoga tazkirah tersebut dapat memberi pengajaran dan membuka hati kita semua, InsyaAllah. Dibawah ini disertakan gambar-gambar pada majlis tersebut.
Baca selanjutnya...
Perjumpaan Geng 08 Tmn Gemilang
Semasa bulan Ramadan, sebenarnya ada satu lagi geng yang wujud di Taman Gemilang, disamping geng-geng yang telah disebutkan dalam post-post yang lalu. Geng ini digelar "Geng 08". Kenapa dan bagaimana nama itu wujud, tanyalah ahli geng tersebut, mungkin mereka akan menjelaskan kepada anda.
Pembekal makanan dan minuman geng 08, Mat al-Fattani
Perbincangan panas setiap malam
Ahli paling veteran geng 08
Seperti biasa, penulis pun nak posing jugak....
Baca selanjutnya...
Taman Gemilang very own snakeman
Talking about snakeman, in this case, person who is not afraid of snake, not person with snake feature, Taman Gemilang actually has its very own.
The snakes in his photo are small snakes. Din BP also deals with bigger ones.
Introducing Sharifuddin aka Din BP. In Taman Gemilang, if you are somehow, unfortunately crossing path with snakes, especially in your own backyard, Din BP will immediately comes across your mind.
There were instances where he was called for "duty" at midnight when a cobra was spotted in one of our friend's house. As usual, he came, search and destroy. I also used to call him at around 2.30 in the morning, luckily he was still awake, to help me search for a cobra I saw in the backyard behind my kitchen. The cobra was lucky since we could not find it after half an hour searching all corners of the backyard. You know what will happen if the snake came face to face with "Din the snake slayer" that night.........
Baca selanjutnya...
Gotong-Royong Bersih Surau
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan, sekali lagi aktiviti pembersihan surau dijalankan oleh penduduk Taman Gemilang. Terima kasih kepada yang sudi datang beramai-ramai menjayakan gotong-royong.
"Senior Pomen" Taman GemilangSenior dish washer
Pembersih longkang "terjun"
Tukang sapu "terjun" Akhir sekali, penulis pun nak posing jugak....
Baca selanjutnya...
SELAMAT BERPUASA
Selamat berpuasa saya ucapkan kepada rakan-rakan. Puasa tahun ini, saya amat gembira kerana dapat berpuasa bersama rakan-rakan di taman.
(ecard from :www.compufield.net/cardsramadan.html)
Kalau anda semua ingat saya, hampir sebulan saya berpuasa di Sydney pada tahun lepas. Kenangan berpuasa disana masih lagi terbayang di fikiran. Indah jugak rasanya walaupun diselit rasa sedih sebab semuanya dilakukan berseorangan.
Walau apa pun, saya di sini sekarang, berpuasa di taman bersama keluarga, kawan-kawan, tarawikh dan bersembang setiap malam. Selamat berpuasa. Semoga tahun ini puasa kita lebih bererti.
Baca selanjutnya...
MUSIM UMRAH
Musim Umrah tiba lagi. Ada dikalangan teman setaman yang menunaikan umrah.
Bermula hari ini, Ustaz Dr Nazmi, Abg Mie dan Tuan Nazir akan mengepalai kumpulan umrah. Semoga perjalanan mereka selamat dan diberkati pergi dan balik. Kalau boleh, minta tolong doakan kekawan kat taman kesejahteraan dunia dan akhirat. Jangan lupa doakan keselamatan taman kita dan mereka yang meronda.
Baca selanjutnya...
Keluarga Baru Taman Gemilang
Baru-baru ini telah diadakan kenduri doa selamat di rumah penduduk baru Taman, di No. 219, Jln Gemilang 7. Saudara Abg Mi.
Kenduri seperti biasa dihadiri oleh depa-depa tu la jugak. Meriah jugak sebab depa-depa yang datang tu kalau tak ramai pun, bising macam satu negara. Harapan saya dan rakan-rakan, ahli baru Taman Gemilang ni tidak lah bersikap seperti sesetengah yang ada yang tak mengambil kisah tentang jiran-jiran dan apa yang berlaku dipersekitaran taman.
Ingatlah kata pepatah Mat Saleh ni, "WHAT GOES AROUND, COMES AROUND" dan "THOSE WHO LIVE BY THE SWORD, DIE BY THE SWORD". Saudara Halim terangkan sikit makna dia. Hang mengaji di UK.....

Baca selanjutnya...
Meor ke US, An ke Indonesia
Awal tahun ini salah sorang rakan kita, Meor telah ke US atas urusan kerja. Pada hari Rabu lepas (28/1/09), An Ambank (ex-Ambank) telah ke Jakarta untuk memulakan kerjaya baru.
Foto Meor yang diambil secara rahsia oleh perisik kita di US. Ooii!! Hang pi kerja ka pi buat apa??!!
An semasa satu majlis kat surau. Balik cuti nanti banyak lagi kerja kat surau dok tunggu!!
Walaupun mereka sekarang berada di luar negara, segala kenangan bersama semasa di Taman Gemilang akan mendekatkan kita. Semoga berjaya dalam kerjaya anda berdua. Sekali-sekala balik ke Malaysia, jangan lupa cari kami. "Good Luck" untuk Meor dan "Semoga Berjaya Bapak" untuk An.
Baca selanjutnya...
Aktiviti Amal Group Taman Gemilang
Anda ingat lagi post saya yang lalu tentang group-group Taman Gemilang? Satu group yang tertinggal adalah group kerja malam. Oleh kerana group ini menjalankan kerja-kerja yang berisiko tinggi, maka gambar-gambar aktiviti yang ditunjukkan di bawah di"kelabu"kan untuk melindungi identiti individu-individu yang terlibat. Jurugambarnya juga terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan.

Pasukan elite UTK meronda di pagi yang sejuk semasa orang lain lena dibuai mimpi indah sebab depa tak ikut serta. Lagipun, orang dah dok jaga rumah kita., kita rileks laaa brader....

Keselamatan penduduk di jalanraya juga diambilberat. Kita hanya berusaha, kalau depa dok pecut jugak apa buleh buat.
Terima kasih kepada anda semua yang tak mengira waktu sama-sama menyumbang tenaga untuk keselamatan dan kesejahteraan Taman Gemilang, rakan-rakan dan penduduk lain.
Kepada mereka yang terlibat menyumbangkan tenaga, hanya Tuhan Yang Maha Kaya dapat membalas jasa anda. Kepada yang lebih rela tidur nyenyak, semoga tidor anda dibuai mimpi indah dan bukan terjaga disergah.
Baca selanjutnya...
Hari Asyura di Taman Gemilang
Seperti biasa Taman Gemilang mengadakan kenduri bubur Asyura. Terima kasih saudara Ribut kerana menyumbang klip video majlis tersebut untuk tatapan di laman ini. Terima kasih diucapkan pada mereka yang hadir menjayakan majlis. Semoga perhubungan antara kita semakin erat.
Baca selanjutnya...
IKS Taman Gemilang, nukilan Watakunse
Hasil dari pengamatan saudara Watakunse, sedar tak sedar terdapat satu Industri Kecil Sederhana (IKS)di Taman Gemilang iaitu perusahaan air akar kayu. Terima kasih saudara Watakunse atas sumbangan anda.
perusahaan ayaq akaq kayu a.k.a ubat kuat
gosok jgn tak gosok
penyediaan ayaq rebuih..... ada import dari vietnam.....
Pergh..... sudah 3 botoi aku pek muha ha ha ha......
regular customer dok tunggu..........
sebotoi RM25 kalau 10 botoi.... mmmmmm fuh kaya kaya
muha ha ha ha..... malam ni.... siap mesti ada yg kena belasah................
Demikianlah al-kisah.......................
Baca selanjutnya...